Covid-19: Kes dua beradik di Perak kes sporadik

0
211
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati dua kes jangkitan Covid-19 melibatkan dua beradik di Perak berpunca daripada kes sporadik.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pengesanan itu dapat dilakukan sebelum mereka kembali bekerja.

“Kes sporadik tak ramai dan sudah semakin berkurangan, namun kita akan perluas lagi kes seperti ini dan kita harap dapat kesan dan pantau mereka dari awal,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Kelmarin KKM mengesan dan melakukan ujian saringan terhadap kontak daripada dua beradik di Perak yang disahkan positif Covid-19.

Dua kes berkenaan dilaporkan selepas 11 hari negeri terbabit bebas daripada kes aktif wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham turut mengalu-alukan langkah pihak industri yang melakukan saringan Covid-19 terhadap pekerja mereka.

“Polisi kerajaan ialah kalau syarikat hendak jalankan ujian Covid-19, dialu-alukan tetapi itu ialah inisiatif syarikat terbabit kalau dapat kesan kes positif kita boleh asingkan.

“Dalam saringan yang kita laksana kebarangkalian kes ini ialah 0.1 peratus daripada 1,000 kes,” ujarnya

Untuk rekod, sporadik membabitkan kes individu yang tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak berhubung dengan kontak rapat Covid-19, namun tetap diuji positif virus itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here