Covid-19: Kluster baharu libatkan PATI di depoh tahanan dikesan

0
91
Dr. Noor Hisham

CYBERJAYA – Sebuah kluster baharu melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Semenyih, Selangor dikesan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu ujian saringan Covid-19 kini giat setakat ini di pusat tahanan imigresen itu.

“Sehingga kini sebanyak 1,750 sampel telah diambil.

“Daripada keseluruhan jumlah itu, kita dapati 21 kes adalah positif Covid-19,” katanya dalam sidang akbar harian Covid-19 hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, setakat hari ini terdapat 48 kes baharu yang telah dilaporkan.

Katanya, selain kes melibatkan kluster baharu itu, empat kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan empat kes melibatkan penularan rakyat tempatan.

Dr. Noor Hisham berkata, dengan pertambahan kes baharu itu jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,185 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,158
kes.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat hari ini juga tiada sebarang kes kematian dilaporkan manakala kes yang telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital ialah sebanyak 53 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here