Covid-19: Kluster baharu libatkan tahanan imigresen dikesan

0
252
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Satu kluster baharu Covid-19 melibatkan warganegara asing dikesan di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat hari ini sebanyak 645 orang telah diambil sampel dan 35 orang dikesan positif Covid-19.

“Sebanyak 400 orang negatif Covid-19 dan 210 orang masih menunggu keputusan.

“Kesemua 35 kes positif tersebut adalah melibatkan 17 warga Myanmar; 15 warga India dan masing-masing satu kes melibatkan warga Sri Lanka, Bangladesh dan Mesir,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kesemua tahanan di depot tersebut ditahan sejak 18 Mac lalu atau sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Katanya, pihaknya mendapat maklum balas bahawa terdapat tahanan tersebut dikesan dijangkiti penyakit tersebut selepas dihantar pulang ke negara masing-masing.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya menjalankan ujian saringan dan mendapati ada dalam kalangan tahanan itu mempunyai gejala Covid-19.

“Berikutan itu kita menyaring semua tahanan di blok A, keputusannya ialah terdapat 34 kes positif dan semalam ada satu kes menjadikan secara keseluruhan 35 kes,” katanya.

Ditanya mengapa lambat ujian saringan dilaksanakan, beliau berkata, ini kerana tahanan tersebut ditahan sebelum PKP dikuatkuasakan yang mana ketika itu belum mewajibkan ujian Covid-19 dibuat.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here