Covid-19: Majoriti kes libatkan warga asing

0
115
Datuk Dr. Noor Hisham

CYBERJAYA – Sebanyak 22 daripada 37 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini melibatkan penularan dalam kalangan warga asing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dua kes pula adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala bakinya melibatkan rakyat tempatan.

Beliau berkata, hari ini juga terdapat satu kes kematian yang dilaporkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Respon (CPRC).

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 114 kes.

“Kes kematian ke-114 yang juga kes ke-6942 merupakan wanita
warganegara Malaysia berumur 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit barah hati. Beliau telah dirawat di sebuah pusat perubatan di Pahang dan disahkan meninggal dunia semalam pada pukul 3.09 pagi,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sehingga kini, terdapat 11 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Katanya, daripada jumlah tersebut enam kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, katanya, sebanyak 31 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,646 kes atau 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here