Covid-19: Malaysia akan pastikan tidak mengalami nasib seperti Kanada, Hokkaido

0
247


Malaysia akan melonggarkan PKP pada minggu hadapan dengan membenarkan beberapa sektor ekonomi dan sosial beroperasi semula

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) yakin Malaysia tidak akan mengalami nasib seperti Kanada dan Hokkaido, Jepun yang mencatatkan kes Covid-19 secara mendadak selepas menamatkan perintah berkurung.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, meskipun kelonggaran diberikan, kerajaan masih mengetatkan kawalan terutamanya di sempadan negara. 

“Kawalan sempadan masih diperketatkan, banding negara lain apabila kelonggaran diberikan atau perintah berkurung dihentikan kawalan sempadan mereka juga dihentikan,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini. 
Hokkaido yang mempunyai 5.3 juta penduduk dilanda gelombang kedua selepas menamatkan perintah berkurung pada 19 Mac lalu sehingga terpaksa mengisytiharkan darurat kecemasan.

Sementara Kanada pula semalam mencatatkan angka korban melebihi 3,000 kes selepas hanya beberapa jam Perdana Menterinya, Justin Trudeau mengatakan Kanada sudah menang melawan Covid-19.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata, kerajaan memutuskan untuk memberi kelonggaran selepas berjaya melandaikan lekok pada 14 April lalu.
“Matlamat utama kita laksanakan PKP ialah untuk melandaikan lekok, pada 14 April lalu kita berjaya landaikan.

“Sekarang kes sudah terkawal dan didapati hanya terdapat dua angka jangkitan sejak minggu lalu,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here