Covid-19: Malaysia belum masuk ‘exit strategy’

0
83
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

CYEBRJAYA – Malaysia masih belum memasuki fasa ‘exit strategy’ atau pelan pasca krisis Covid-19 kerana masih mencatat rekod kes baharu berkadar dua angka.

Tegas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sebarang usaha merangka pelan pasca krisis Covid-19 akan dibuat bersandarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Namun begitu, menurutnya, Malaysia masih berada di peringkat pemantauan kes harian sekurang-kurangnya untuk tempoh dua minggu lagi, menerusi pendekatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Jadi kita nak tengok sama ada kita dapat kawal, buat masa ini, kes baharu masih dua angka, tetapi mencatatkan penurunan.

“Oleh itu, kita akan teliti kemungkinan sama ada untuk benarkan pembukaan sektor lain sedikit demi sedikit dan laksanakan tindakan ‘exit strategy’,” katanya pada sidang akhbar harian Covid-19, hari ini. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here