Covid-19: Palestin buka semula Masjid Ibrahimi

0
174
Puluhan penduduk Palestin turut menunaikan solat Subuh secara berjemaah walaupun berdepan sekatan yang didirikan rejim Zionis untuk menghalang pergerakan para jemaah.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

RAMALLAH -Pentadbiran Pihak Berkuasa Palestin (PA) membuka semula Masjid Ibrahimi di bandar Hebron, Tebing Barat dan Gereja Nativity di Baitulaham semalam sebagai sebahagian daripada rancangan untuk meredakan sekatan yang dilaksanakan bagi membendung penularan Covid-19.

Memetik laporan Agensi, puluhan penduduk Palestin turut menunaikan solat Subuh secara berjemaah walaupun berdepan sekatan yang didirikan rejim Zionis untuk menghalang pergerakan para jemaah.

Langkah itu dibuat sehari selepas Perdana Menteri Palestin, Mohamed Shtayyeh mengumumkan pembukaan semula masjid di wilayah itu.

Penduduk Palestin menunaikan solat Subuh secara berjemaah di Masjid Ibrahimi, Hebron yang dibuka semula semalam.

Puluhan penduduk Palestin turut menunaikan solat Subuh secara berjemaah walaupun berdepan sekatan yang didirikan rejim Zionis untuk menghalang pergerakan para jemaah.

Sementara itu, Masjid al-Aqsa yang ditutup sejak dua bulan lalu akan dibuka semula selepas cuti sempena Aidilfitri menerusi pengumuman dibuat pada minggu lalu.

Penutupan masjid ketiga paling suci itu dibuat pertama kali dalam tempoh lebih 50 tahun untuk mencegah pandemik tersebut.

Pada 15 Mac lalu, pihak berkuasa turut menutup Masjid Kubah Batu yang terletak dalam kawasan Haram al-Sharif yang menempatkan al-Aqsa.

Kira-kira seminggu kemudian para jemaah juga dilarang berkumpul di kawasan Haram al-Sharif. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here