Covid-19: Penularan libatkan warganegara menurun

0
70

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula dilaksanakan, trend penularan Covid-19 dalam kalangan masyarakat setempat didapati semakin berkurangan dari minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sejak PKPB. dilaksanakan bermula 4 Mei sehingga semalam terdapat sebanyak 1,189 kes positif Covid-19 direkodkan.

Dr. Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, 270 kes atau 22.7 peratus membabitkan warga tempatan.

“Sebanyak 919 kes atau 77.3 peratus membabitkan warga asing, termasuk 383 di tiga Depoh Tahanan Imigresen (DTI).

“Ini tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama dan pematuhan orang ramai kepada nasihat prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan, serta aktiviti penguatkuasaan oleh pelbagai agensi,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Berikutan itu beliau mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pihak industri serta orang ramai kerana memikul beban bersama kerajaan demi kepentingan komuniti dan negara.

“Jika usaha ini diteruskan oleh semua pihak dengan sikap dan rasa tanggungjawab sosial, kita pasti dapat sama-sama memutuskan rantaian penularan Covid-19 di Malaysia,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here