Covid-19: Perdana Menteri kuarantin diri 14 hari di rumah

0
130
MUHYIDDIN YASSIN

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini susulan seorang pegawai yang hadir Mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri semalam positif Covid-19.

Menurut kenyataan Pejabat Jabatan Perdana Menteri, Muhyiddin perlu menjalani kuarantin tersebut menurut Perintah Pengawasan dan Permerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342).

“Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif Covid-19. Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi dan disahkan negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini. 

“Setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa,” jelas kenyataan itu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here