Covid-19: Peringkat usia 61 hingga 70 paling berisiko maut

0
86
Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Golongan berusia antara 61 tahun hingga 70 tahun merupakan kumpulan umur yang mencatatkan peratusan kematian tertinggi akibat wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati 32 daripada 99 kes jumlah kematian akibat Covid-19 di negara ini membabitkan pesakit dalam lingkungan usia berkenaan.

Tambah beliau, manakala kumpulan usia kedua tertinggi membabitkan pesakit antara 71 hingga 80 tahun iaitu sebanyak 19 kes.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh melalui kajian kematian (mortality review) berdasarkan 99 daripada 105 kes kematian yang dilaporkan di negara ini.

Beliau berkata, golongan warga emas didapati agak terjejas
dengan wabak itu dengan banyak kes jangkitan dan kematian melibatkan kumpulan umur 60 tahun ke atas.

“Walaupun kita belum memahami sepenuhnya cara jangkitan, apa yang jelas ialah risiko jangkitan meningkat mengikut usia dan individu mempunyai penyakit kronik atau penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan barah.

“Ini isu global dihadapi oleh negara-negara yang terjejas dengan wabak ini,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham memberitahu, KKM sedang mempertimbang perkhidmatan kesihatan lebih baik kepada golongan warga emas termasuk perkhidmatan ke pintu rumah.

“Kita sedang melihat bagaimana untuk memantapkan perkhiitan kita kepada warga emas yang betul-betul memerlukan.

“Misalnya mencari jalan untuk membolehkan warga KKM menghantar bekalan ubat dan memberi rawatan kepada pesakit di rumah,” katanya.

Usaha itu katanya, bagi mengelak golongan warga emas datang ke hospital sekali gus terdedap kepada risiko jangkitan virus berkenaan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here