Covid-19: Puas hati kawalan kendiri, pematuhan SOP orang ramai

0
125
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kerajaan melahirkan rasa puas hati dengan kawalan kendiri dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang diamalkan orang ramai pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ada pihak beranggapan hari pertama PKPB akan menjadi kelam-kabut, namun keadaan masih terkawal dan orang ramai menunjukkan kawalan kendiri tinggi.

Katanya, jangkaan premis perniagaan akan sesak dan tiada pematuhan SOP seperti penjarakan sosial jelas meleset.

“Hasil laporan pemantauan mendapati premis perniagaan mengamalkan SOP ditetapkan.

“Mereka juga didapati mengambil suhu badan, mengehadkan jumlah pelanggan pada satu-satu masa dan memastikan pelanggan beratur di luar premis dalam jarak sosial dibenarkan, iaitu satu meter,” katanya dalam sidang akhbar, di sini.

Ismail Sabri berkata, tinjauan dalam pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) juga mendapati pengguna mengamalkan penjarakan sosial, selain memakai pelitup muka.

“Kerajaan ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada orang ramai atas kawalan kendiri dalam mematuhi SOP ditetapkan dan berharap amalan kawalan kendiri tinggi dapat diteruskan sepanjang masa bagi memastikan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here