Covid-19: Pulau Pinang negeri kelima masuki zon hijau

0
258

CYBERJAYA – Pulau Pinang menjadi negeri kelima yang diletakkan sebagai zon hijau selepas tiada lagi kes aktif direkodkan di negeri bahagian utara Semenanjung itu.

Menurut laporan dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan setakat semalam, kelima-lima daerah di negeri tersebut diletakkan sebagai zon hijau selepas satu kes aktif kelmarin sembuh sepenuhnya.

Jumlah pecahan kes di Semenanjung

Selain Pulau Pinang negeri lain yang diletakkan dalam zon hijau ialah Perlis, Kelantan, Kedah dan Perak.

Dalam pada itu, kawasan Ibu Kota, Kuala Lumpur mencatatkan kes Covid-19 paling tinggi iaitu sebanyak 156 kes diikuti Kuching (115), Gombak (94), Batu (71) dan Kampung Bharu (67).

Setakat hari ini, Malaysia mencatatkan sebanyak 30 kes baharu Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,383.

Daripada jumlah kumulatif itu, hanya terdapat 1,710 kes aktif di seluruh negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here