Covid-19: Risiko kematian bagi perokok

0
144

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan jumlah kes kematian Covid-19 melibatkan individu yang merokok lebih tinggi selain bukan perokok iaitu 17.6 peratus berbanding 12.1 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tabiat merokok sudah terbukti mengakibatkan pelbagai jenis penyakit serta boleh melemahkan sistem imuniti manusia, sekali gus meningkatkan risiko terhadap jangkitan bakteria dan virus terutama sekali semasa wabak Covid-19.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui kenyataan yang dikeluarkan pada 27 Mei lalu dan beberapa kajian di luar negara mendapati perokok adalah berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi lebih teruk jika dijangkiti Covid-19.

“Covid-19 adalah penyakit berjangkit yang menyerang terutamanya paru-paru. Merokok merosakkan fungsi paru-paru, justeru menjadikan badan kita lebih sukar untuk melawan coronavirus dan penyakit- penyakit lain.

“Penelitian dan analisis awal berkaitan sejarah merokok dan faktor risiko penyakit tidak berjangkit yang dijalankan ke atas 86 daripada jumlah pesakit Covid-19 yang sudah meninggal dunia di Malaysia, didapati 19.8 peratus atau 17 orang adalah terdiri daripada golongan perokok,” katanya dalam sidang akhabr di Putrajaya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here