Covid-19: Risiko tukang gunting rambut dan pelanggan

0
95

CYBERJAYA- Kedai gunting rambut masih tidak dbenarkan beroperasi di negara ini kerana terdapat risiko jangkitan Covid-19 babitkan tukang gunting dan pelanggan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya ketika ini sedang memantau beberapa sektor sebelum ia dibenarkan beroperasi.

“Setakat ini tidak membenarkan kedai gunting rambut kerana ada laporan di Jepun dan Amerika Syarikat (AS) mengenai jangkitan Covid-19 antara tukang gunting dan pelanggan.

“Sekarang sedang pantau sebelum benar secara berperingkat. Sebelum ini kita sudah benarkan melalui PKPB sejak 4 Mei lalu,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham berkata, dalam tempoh dua minggu ini, pihaknya akan memantau sama ada terdapat peningkatan kes atau tidak sebelum membenarkan lebih banyak lagi sektor dibenarkan beroperasi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here