Covid-19: Sekolah, pusat hiburan tetap dilarang dibuka

0
192
Sekolah, pusat hiburan tetap dilarang dibuka. Foto internet

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kerajaan mengingatkan semua sekolah termasuk sekolah swasta dan pusat hiburan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dilaksanakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, sekolah dan pusat hiburan turut termasuk dalam senarai terlarang dibuka mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Tambah beliau, larangan itu juga turut melibatkan sekolah termasuklah sekolah kerajaan, menengah kerajaan termasuk sekolah swasta rendah, menengah dan sekolah antarabangsa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Jika ada laporan sekolah terbabit dibuka ketika PKPB, Kementerian Pendidikan akan siasat dan jika didapati dibuka, akan diarah ditutup.

“Begitu juga kelab malam, pub atau bar, semua di bawah kategori pusat hiburan yang termasuk dalam senarai terlarang. Kalau ada yang dibuka, kita akan maklumkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menutupnya.

“Kita tidak akan berkompromi kerana semua termasuk dalam senarai dilarang beroperasi atau dibuka,” katanya pada sidang akhbar hari ini. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here