Covid-19: Serlahkan sikap buruk dan baik setiap manusia

0
281
Covid-19 menyerlahkan sikap buruk dan baik setiap manusia

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

Semalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dengan banyak syarikat mulai dibuka.

Tanpa kita sedar sebenarnya, PKPB merupakan fasa trial and error buat rakyat Malaysia kerana apabila mula berkerja bukan satu pekara mudah untuk mematuhi kawalan keselamatan.

Terlalu banyak kekangannya dan sudah pasti jika bukan kerana arahan syarikat, ramai berat hati untuk melangkah masuk ke pejabat.

Namun apabila kerajaan mengumumkan sektor dibuka ia memberi berita gembira buat mereka bergaji setiap bulan dan ini sedikit sebanyak memberi rasa kesyukuran kerana mendapat rezeki kembali selain dapat meneruskan kehidupan.

Tetapi perlu diingat ada golongan yang terpaksa ikat perut dan hidup dalam kebimbangan serta memikirkan masa hadapan keluarga kerana tidak ada wang untuk meneruskan kehidupan.

Bagi penulis, wabak Covid-19 yang melanda negara bagai satu peperang buat golongan kurang kemampuan kerana kerana mereka boleh mati bila-bila masa sahaja.

Di luar sana terbunuh kerana Covid-19 dan apabila berada di dalam rumah mereka boleh mati kelaparan. Mana-mana pun sama.

Jadi mereka mempertaruhkan kehidupan untuk keluar supaya mereka boleh mendapat sedikit rezeki untuk kesimbungan hidup mereka.

Apa yang penting buat mereka berdoa agar ALLAH melindungi kerana kuasa Maha Esa itu mengatasi segala-galanya.

Jangan pernah berhenti berdoa kerana ia satu senjata utama umat islam.

Jika tertewas kerana Covid-19, mereka telah melakukan yang terbaik untuk survival kehidupan kerana perjuangan menentang wabak dan survival untuk hidup adalah dilema yang paling besar dalam hidup golongan ini.

Hakikatnya, wabak ini banyak memaparkan kisah kehidupan dan perangai manusia yang menyerlahkan sikap buruk dan baik dari sudut kemanusiaan.

Terlalu banyak kisah tauladan yang kita boleh dapat dalam PKP ini. Semoga ALLAH membantu negara kita bebas dari Covid-19 selain membangunkan ekonomi negara kita.

Berdoalah jangan pernah putus asa. Bila tiba masanya ALLAH pasti akan kabulkan doa kita. Berdoalah. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here