Covid-19 : Singapura catat pertambahan 614 kes hari ini

0
89

CYBERJAYA – Singapura membuat pengesahan bahawa terdapat pertambahan 614 kes jangkitan Covid-19 hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya kini mencapai 30,426 kes.

Memetik laporan Bernama seperti yang dipetik Berita Harian, kebanyakan pertambahan kes itu membabitkan pekerja migran di asrama.

“Data tengah hari menunjukkan hanya empat kes membabitkan rakyat Singapura atau penduduk tetap, “ menurut Kementerian Kesihatan Singapura dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan Khamis lalu, Singapura mengklasifikasikan 1,691 sebagai kes komuniti, 580 kes yang diimport, dan 27,541 membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Kementerian itu berkata, sehingga Khamis sejumlah 12,117 pesakit telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.

Tiga kluster dikaitkan dengan Natureland East Coast; Wing Fong Court; dan 112, Neythal Road; telah ditutup semalam, menjadikan kini tiada lagi kes yang dikaitkan dengan tempat-tempat ini sejak 28 hari lepas.

Kementerian itu turut mengenal pasti satu kluster baharu di Orange Valley Nursing of Simei Street.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here