Covid-19: Syabas rakyat Malaysia patuh pada SOP

0
184

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Analisis Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati rakyat Malaysia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 berleluasa di negara ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, walaupun sudah memasuki hari ke lapan menyambut Aidilfitri, namun tiada peningkatan kes jangkitan pandemik itu.

“Sekarang KKM sedang melihat data yang kita ada dan daripada pemodelan data-data itu kita dapati rakyat Malaysia patuh kepada SOP.

“Apabila rakyat patuh, jangkaan kita, mungkin jangkitan Covid-19 di negara ini dapat kita putuskan,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menjangkakan tiada jangkitan mendadak bagi minggu hadapan yang melibatkan kes-kes selepas hari raya.

“Kalau kita dapat data seperti itu, mungkin kita akan memberi kelonggaran kepada sektor-sektor yang melibatkan rakyat Malaysia.

“Namun buat masa ini, fokus utama KKM adalah untuk memastikan pematuhan SOP di kalangan bukan warganegara terhadap,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here