Covid-19: Tiada kematian, 88 kes pulih hari ini

0
76

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA- Sebanyak 88 kes pulih dan dibenarkan pulang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 4,864 kes atau 74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata bagi kes baharu Covid-19 dicatatkan sebanyak 68 kes dan daripada jumlah berkenaan 57 kes bukan dalam kalangan warganegara.

Menurutnya, dengan pertambahan kes baharu itu ia menjadikan jumlah kumulatif kes baharu sebanyak 6,535 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 1,564 kes.

“Ingin dimaklumkan bahawa daripada 68 kes baharu yang dilaporkan hari ini, empat kes import dilaporkan iaitu tiga kes dari United Kingdom dan satu kes dari Amerika Syarikat.

“Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 64 kes, di mana sebanyak tiga kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Dr. Noor Hisham juga berkata, tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini dan jumlahnya kekal sebanyak 107 kes atau 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here