Denda, sebatan pemandu mabuk

0
226

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK) menggesa kerajaan meminda hukuman kepada denda lebih tinggi termasuk penjara dan sebatan bagi tujuan memberi peringatan serta kesan hukuman diterima oleh pesalah.

Pengerusinya, Mohammad Hisham Shafie berkata, cadangan itu mewakili pengguna jalan raya seluruh negara susulan beberapa kemalangan melibatkan kecuaian pemandu.

Menurutnya, pihak bertanggungjawab juga perlu mewujudkan satu akta baharu yang lebih berat iaitu membawa kenderaan dalam keadaan mabuk dan cuai sehingga menyebabkan kematian.

“Hukuman kepada pesalah dengan sengaja memasukkan alkohol ke dalam badan juga perlu diwujudkan selain sebatan dikenakan kepada pesalah yang mengambil alkohol sambil memandu kenderaan.

“Kertas cadangan berhubung isu berkenaan akan dibawa kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dalam pertemuan dalam masa terdekat,” katanya kepada Malakat Tribune.

Beliau turut mencadangkan supaya tiada lagi kebenaran tahap peratusan alkohol yang dibenarkan kepada semua pemandu di bawah pengaruh alkohol.

Katanya, mana-mana premis juga diminta tidak lagi menjual minuman beralkohol dan minum secara terbuka kerana ini adalah punca berlakunya kemalangan.

“Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga perlu mengetatkan pemberian dan permohonan lesen menjual minuman keras selain meningkatkan kadar cukai dan harga jualan minuman beralkohol sedia.

“Manakala kadar cukai dan harga jualan minuman beralkohol juga perlu dinaikkan bagi tujuan itu,” katanya.

Mengulas mengenai kempen kesedaran, beliau berkata, pendidikan itu perlu ditingkatkan melalui pelbagai kerjasama.

“Pihak kerajaaan perlu mengesa semua syarikat insuran di Malaysia bersama-sama badan sukarela, kementerian dan jabatan menjayakan kempen-kempen ‘Anti Pemandu Dibawah Pengaruh Alkohol’ bagi memberi kesedaran kepada semua pengguna jalan raya.

“Jika terdapat sebarang rundingan dan cadangan pindaan akta serta hukuman mohon pihak kementerian berwajib melibatkan gabungan badan sukarela serta wakil-wakil pengamal undang-undang bagi memberi pandangan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here