Diberikan cuti, tiada sidang media Dr. Nor Hisham petang ini

0
581
Dr. Nor Hisham yang disegani ramai atas komitmen beliau dalam menyediakan maklumat terkini penularan wabak Covid-19.

KUALA LUMPUR – Selepas kira-kira lima bulan bertugas tanpa henti dalam menyediakan maklumat wabak Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Nor Hisham Abdullah hari ini diberikan ‘cuti’ oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Berikutan itu, sidang akhbar mengenai laporan kes harian Covid-19 yang dikendalikan beliau pada setiap hari dan ditunggu-tunggu oleh jutaan rakyat Malaysia petang ini tidak akan diadakan.

Berita mengenainya pembatalan sidang media harian itu dimaklumkan kepada pihak media hari ini selepas Nor Hisham dikatakan diberi cuti oleh PMO.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan dikatakan akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung perkembangan wabak itu pada pukul 4.30 petang ini.

Dr. Noor Hisham yang mengendalikan sidang akhbar Covid-19 sejak daripada awal penularan wabak itu dikenali sebagai individu terpenting di negara ini dalam pengendalian wabak Covid-19.

Belia yang sentiasa dipuji sebagai seorang yang berkomunikasi dalam nada sangat ‘cool’, jelas dan tepat itu turut diiktiraf sebagai abtara tiga doktor terulung di peringkat global dalam memerangi Covid-19. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here