Dr. Mahathir, empat yang lain dipecat daripada Bersatu

0
604
DR. MAHATHIR MOHAMAD

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama empat ahli Parlimen yang lain dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Empat Ahli Parlimen Bersatu yang turut dipecat itu ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr. Maszlee Malek dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perkara itu disahkan menerusi Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi satu surat kepada kelima-lima individu berkenaan hari ini.

Surat pemecatan Dr. Mahathir yang tular di media sosial hari ini

Menerusi surat tersebut, alasan pemecatan mereka berikutan berada di blok pembangkang ketika Sidang Dewan Rakyat 18 Mei lalu dan tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden dan Pemangku Pengerusi Bersatu.

Beliau berkata, keputusan itu juga adalah selaras dengan Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here