Dua ADUN PKR Kedah keluar parti, kerajaan pimpinan Mukhriz hampir tumbang

0
302
ADUN Lunas, Azman Nasrudin (kiri) dan ADUN Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee mengumumkan keluar parti

SUNGAI PETANI – Kerajaan negeri Kedah di bawah pimipinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir makin hampir tumbang selepas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR mengumumkan keluar parti hari ini.

Kedua-dua ADUN tersebut iaitu ADUN Lunas, Azman Nasrudin dan ADUN Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee mengumumkan peletakan jawatan mereka dalam sidang akhbar bersama yang diadakan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam.

Memetik laporan Berita Harian, kedua-dua mereka kemudiannya mengisytiharkan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat Pusat.

Berikutan itu, mereka turut menyokong kepemimpinan Perikatan Nasional (PN) Kedah dan menjadi ADUN Bebas mesra kepada Bersatu ketika ini.

Sebelum ini desas-desus ADUN tersebut akan keluar parti bertiup kencang sejak beberapa hari lalu malah, Pas dan UMNO telah mengadakan mesyuarat kelmarin bagi membincangkan perubahan kerajaan negeri.

Ketika ini, Pas dan UMNO mempunyai 17 kerusi DUN Kedah dan tambahan dua kerusi bekas PKR itu menjadikan jumlah dimiliki gabungan itu adalah 19 kerusi.

Jumlah 19 kerusi DUN Kedah itu sudah mencukupi bagi pembentukan kerajaan negeri baharu yang bakal menyaksikan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) campur Bersatu kem Mukhriz hilang majoriti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here