Duduk dirumah yang padat punca penularan Covid-19 dalam kalangan warga asing

0
95

CYBERJAYA- Antara punca utama penularan wabak Covid-19 dalam kalangan warga asing ialah kerana mereka tinggal dalam rumah yang terlalu padat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lebih memudaratkan mereka yang tinggal serumah itu bercampur sektor pekerjaan.

“Keadaan berkenaan mengakibatkan penularan yang cepat. Mereka duduk dalam rumah yang padat. Mungkin sektor pasar borong dan pembinaan bercampur.

“Sekarang kita kenal pasti kumpulan ini sebagai kumpulan sasar kita terutamanya di zon merah di Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 22,339 saringan telah dilakukan terhadap warga asing dan daripada jumlah itu 986 individu positif Covid-19.

“Mereka yang telah sembuh ialah 525 kes, empat kes masih dalam unit rawatan rapi (ICU) selain terdapat empat kematian membabitkan warga asing di negara ini,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here