Duit raya RM1,000 Shoe Your Creativity

0
418
Pengurus Jenama JojoShoes, Muhammad Hafiz Mohtar Rasali menunjukkan kasut yang digunakan untuk diletakkan hasil seni pemenang utama pertandingan Shoe Your Creativity.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

RAUDHAH CITY – Orang ramai berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM1000 dengan menyertai pertandingan Shoe Your Creativity anjuran JojoShoe salah sebuah jenama di dalam Malakat Mall di sini.

Pengurus Jenama JojoShoes, Muhammad Hafiz Mohtar Rasali berkata, para peserta perlu menyertai pertandingan yang dianjurkan pihaknya untuk menenangi wang tunai RM500 dan dua pasang kasut daripada pihaknya.

Menurutnya, dalam pertandingan itu, pihaknya meminta mereka corak atau rekaan untuk kasut jenama JojoShoes bertemakan Kita Jaga Kita sempena musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kasut jenama JojoShoes yang digunakan untuk diletakkan hasil seni pemenang utama pertandingan Shoe Your Creativity.

Katanya, peserta boleh menghantar seberapa banyak rekaan yang dimahukan sebelum dipilih oleh pihak juri.

“Pertandingan bermula semalam dan akan tamat pada 15 Mei nanti. Pada 17 Mei nanti juri akan memilih 10 rekaan terbaik sebelum pemenang akan diumumkan pada 21 Mei.

“Seorang pemenang utama akan diumumkan empat hari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan pemenang tersebut akan mendapat hadiah tunai RM500 dan dua pasang kasut baru jenama Jojo Shoes secara terus,” katanya kepada MBNews.

Muhammad Hafiz berkata, apa yang lebih menarik, hasil kerja peserta yang dipilih sebagai pemenang akan dihasilkan oleh pihak profesional sebelum dipamerkan di dalam Wall of Fame di Butik JojoShoes.

“Oleh demikan, saya mengajak mana-mana individu untuk menyertai pertandingan Shoe Your Creativity dan antar hasil kerja mereka ke [email protected],” katanya. – MBNews.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here