Elak terus ambil warga asing bekerja di pasar borong dan kilang

0
3035

CYBERJAYA- Penjaja dan peniaga pasar borong serta sektor perkilangan di negara ini dinasihat agar tidak lagi menggaji warga asing sebagai pekerja.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sebaliknya berkata, peluang pekerjaan berkenaan sebenarnya boleh diisi oleh warga tempatan.

Beliau berkata, perbincangan sedang dilakukan dengan kementerian lain bagi merealisasikan usaha berkenaan terutamanya membabitkan gelandangan.

“Kalau gelandangan boleh diberi gaji RM1,400 hingga RM1,600, saya cuba runding (dengan pemilik perniagaan) supaya gaji RM2,400 di pasar borong.

“Kita cuba fikir juga untuk belia agar boleh bekerja melalui satu kaedah kerja baharu, dengan keperluan tempat tinggal dan ada keperluan pengangkutan.

“Suasana kerja lebih baik, terutama apabila kita membina pasar borong moden dan baharu,” katanya dalam sesi Facebook Live beliau hari ini.

Menurut Annuar, dalam mendepani pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihaknya akan berusaha mewujudkan 3,000 hingga 4,000 peluang pekerjaan di pasar borong yang boleh diisi oleh rakyat tempatan.

Annuar berkata, semalam pihaknya berjaya menghantar sekumpulan gelandangan menaiki dua bas untuk bekerja di ladang dan kilang memproses ayam segar di Sitiawan, Perak.

“Seramai 166 gelandangan sudah berjaya mendapat pekerjaan, sementara yang lain masih ditemuduga dari semasa ke semasa untuk mendapat pekerjaan atau kerjaya baharu.

“Ini termasuk di syarikat Top Glove membabitkan kerja pembungkusan akhir sarung tangan yang sudah siap. Ia dibuat oleh gelandangan yang menetap di Anjung Singgah. Seramai 100 orang yang berada di Anjung Singgah akan bekerja bawah kelolaan Top Glove,” katanya.

Dalam pada itu, menyentuh tahap pemantauan premis perniagaan di ibu negara sepanjang tempoh PKPB, Annuar berkata, sebanyak 134 premis diperiksa dengan 20 didapati tidak mengamalkan penjarakan sosial.

“21 premis tidak ada penanda penjarakan sosial. Kita minta buat penanda bagi orang dapat mengagak berapa jarak mereka. Sembilan premis tidak menyediakan ‘hand sanitizer’ dan ada 32 premis tidak menyediakan PPE (peralatan perlindungan diri) untuk pekerja -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here