Empat lelaki ditahan ketika makan tengah hari, hisap rokok

0
149

KLUANG- Empat lelaki ditahan pegawai penguat kuasa agama ketika sedang menikmati makan tengah hari dan menghisap rokok dalam kenderaan sekitar bandar Kluang semalam.

Kadi Daerah Kluang, Fauzi Bachok berkata, kesemua lelaki berkenaan berumur antara 19 hingga 30 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari.

Menurutnya, mereka ditahan pada hari kedua Operasi Ponteng Puasa yang dijalankan oleh pihaknya selepas bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membolehkan premis menjual makanan beroperasi.

“Mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 15(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana tidak menghormati Ramadan dengan secara secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya.

“Berikutan kesalahan itu, semua lelaki berkenaan sudah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here