Enam premis perniagaan dikendali warga asing digempur

0
394
Salah sebuah premis perniagaan milik warga asing yang digempur

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini bertindak menutup enam buah premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di tiga lokasi berbeza di sini.

Menurut DBKL dalam laman Facebook miliknya, tiga buah lokasi itu melibatkan sekitar kawasan di Desa Sri Hartamas, Jalan Kenanga dan Jalan Petaling di sini.

“Enam tindakan penguatkuasaan telah melibatkan tiga buah premis kedai baju dan pemborong pakaian yang dikendalikan oleh warga asing dan tindakan penutupan premis serta merta telah dilaksanakan.

“Dua buah premis perniagaan lagi yang diarahkan ditutup serta-merta melibatkan kedai runcit serta sebuah restoran yang dikendalikan warga asing tanpa kebenaran sah daripada DBKL,” katanya.

Dalam pada itu, menurut DBKL, pihaknya ketika ini sedang melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan selanjutnya bagi mengenalpasti aktiviti perniagaan yang sengaja disewakan kepada warga asing.

Kedai baju yang diarahkan tutup

Katanya, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) DBKL di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Tegasnya, tindakan dan pemantauan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here