Gempa magnitud 5.1 gegar Iran

0
75

Oleh SITI AZIELAH WAHI

TEHRAN – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dalam gempa bumi bermagnitud 5.1 pada skala Richter yang melanda bandar Damavand, 69 kilometer timur Tehran, kira-kira 00:48 waktu tempatan Jumaat (GMT 2018 Khamis), lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Bernama, mangsa yang meninggal dunia itu seorang lelaki berusia 60 tahun dan 11 lagi dilaporkan cedera.

Menurut Pusat Seismologi Iran, pusat gempa pada kedalaman 7 kilometer, 35.777 darjah utara dan 52.045 darjah timur.

Setakat ini, lapan gempa susulan berkekuatan antara 2.5 hingga 3.9 turut dikesan.

Gegaran turut dirasakan di wilayah Alborz, Qom, Qazvin dan Mazandaran di Tehran.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here