Hantar permohonan GKP sebelum 15 Mei ini

0
152

CYBERJAYA – 15 Mei merupakan tarikh akhir ditetapkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) kepada permohonan Geran Khas Prihatin (GKP).

Agensi itu dalam kenyataan di sini berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan disaran mengisi borang permohonan dengan segera dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir tersebut untuk berbuat demikian. 

Tambah kenyataan, permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM.

“Permohonan secara manual tidak akan diterima.  LHDNM akan memproses semua permohonan selepas 15 Mei dan pemohon GKP boleh membuat semakan status permohonan bermula pada minggu pertama Jun ini,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, bagi permohonan yang lulus, bayaran GKP dijangka akan dibuat pada hujung Jun ini. 

“PKS mikro boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) GKP yang dimuatnaik pada portal rasmi GKP untuk mendapatkan maklumat lanjut,” kata kenyataan itu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here