Hanya 17 kes baharu 6 daripadanya kes import

0
55

Oleh NURULFIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA -Hanya  17 kes baharu dilaporkan hari ini termasuk enam adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala sebelas  kes adalah penularan tempatan yang melibatkan lima kes bukan warganegara Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 73 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari wad hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 5,512 kes.

Menurutnya, jumlah kes positif Covid-19 adalah sebanyak 6,872 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan wabak itu adalah 1,247 kes.

“Sehingga kini, terdapat 13 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu  lagi kes kematian berkaitan Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 113 kes.

Katanya, kes kematian ke-113 (kes ke-6,856) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 53 tahun mempunyai sejarah penyakit barah dan darah tinggi serta merupakan seorang kakitangan Kementerian Kesihatan di Sabah yang telah bercuti sakit disebabkan barah.

“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas pada 5 Mei disebabkan kesihatannya
semakin merosot, kemudiannya didapati positif Covid-19 dan disahkan meninggal dunia pada 7 Mei lalu pukul 1.30 petang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here