Harga siling ayam segar ditentukan esok

0
230

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – “Kita tunggu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) umumkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan esok,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau memberi kenyataan tersebut berhubung aduan orang ramai mengenai kenaikan harga ayam yang berlaku secara tiba-tiba sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, Skim Kawalan Harga Musim Perayaan adalah merupakan mekanisme yang dimiliki kerajaan untuk menyekat kenaikan harga barangan secara mendadak.

“Jadi harga ayam akan dikawal tidak melebihi harga siling yang ditetapkan. Kita tinggu pengumuman daripada KPDNHEP.

“Bukan hanya harga ayam, tapi pelbagai lagi barangan keperluan terutama untuk menyambut hari raya akan diumumkan esok,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here