Hotel boleh ambil tindakan terhadap penghuni rosakan barang

0
118
Keadaan sebuah bilik yang dirosakkan oleh penghuni semasa kuarantin

CYBERJAYA – Mana-mana pusat kuarantin terutamanya hotel yang barangan dalam bilik mereka dirosakkan boleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penghuni berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua pihak tertakluk kepada undang-undang dan tidak boleh sewenang-wenangnya melanggar peraturan walaupun sedang dikuarantin.

“Kalau langgar peraturan hotel dari segi undang-undang terserah kepada hotel untuk ambil tindakan.

“Kalau ada kerosakan barangan dalam bilik hotel seperti cadar dan lain-lain segera laporkan, pihak hotel ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Semalam tular beberapa keping gambar yang menunjukkan penghuni dipercayai daripada golongan kluster kayangan atau mereka yang baru pulang dari luar negara merosakkan barangan di sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

Tindakan tersebut bukan sahaja membangkitkan kemarahan banyak pihak malah, meminta supaya tindakan tegas diambil sebagai pengajaran.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here