Infaq Corner peluang umat Islam bersedekah

0
346

RAUDHAH CITY – Sambil berbelanja sambil bersedekah sekali gus menambah saham akhirat.

Sudut infak lazimnya didapati di masjid dan surau bagi membantu golongan memerlukan yang keputusan bekalan makanan asas.

Sumbangan yang disampaikan oleh penderma itu untuk diambil oleh masyarakat setempat yang dalam kesusahan.

Pusat Beli Belah Malakat Mall di sini tidak ketinggalan mengambil inisiatif menyediakan satu ruangan khas di hadapan kaunter bayaran pasar raya Raudhah Grocer bagi membolehkan pengunjung berinfak untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan.

Dalam hantaran akaun rasmi Facebook Malakat Mall, pengurusan Malakat Mall menyediakan satu ruangan khas dikenali Infaq Corner bagi membolehkan pengunjung bersedekah dengan meletakkan barangan keperluan di situ.

“Ruangan ini disediakan bagi membolehkan mereka yang memerlukan barangan makanan atau apa saja barangan diletakkan di sini untuk diambil sekadar apa diperlukan.

“Bukan sekadar tempat untuk penerima saja, malah pelanggan juga boleh turut sama memberi infak berupa barangan yang mereka mahu infakkan,” kata hantaran itu.

Di sudut itu juga terdapat gambar-gambar penerima bantuan hasil sumbangan penderma yang meringankan beban mereka ketika dalam kesusahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semoga ini akan dapat membantu mereka yang memerlukan dan menjadi platfrom untuk pelanggan Malakat Mall melakukan kebajikan sekali gus meringankan beban golongan itu yang terputus bekalan makanan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here