Jaga diri, lupakan hasrat nak balik kampung- nasihat jururawat yang pitam ketika rawat pesakit Covid-19

0
215

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Sebagai barisan hadapan petugas kesihatan, merawat pesakit Covid-19 amatlah berisiko dan bukan satu kerja mudah lebih-lebih lagi ketika menjalani ibadah puasa.

Disebabkan risiko jangkitan yang tinggi, petugas seperti doktor dan jururawat, perlu memakai Pakaian Perlindungan Diri (PPE) yang penuh menyaluti diri.

Ada yang membayangkan pemakaian PPE ibarat bersauna, panas dan merimaskan.

Seorang jururawat dengan nama profil Nurhidayu Ahmad berkongsi kisah dalam laman Facebook peribadinya semalam bahawa dia bersama tiga lagi rakan setugas pitam ketika merawat pesakit Covid-19 semalam.

“Ini kejadian petang tadi semasa membantu intubasi pesakit Covid-19 kena pakai PPE penuh.

“Empat orang pitam sebab overheat (terlalu panas).. terpaksa berbuka walaupun dah pukul 5. Kelesuan,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Selain itu jururawat itu berkata, mengendalikan pesakit bukan mengambil masa lama, lebih-lebih lagi jika melibatkan bantuan pernafasan sekiranya keadaan pesakit itu semakin merosot.

” Bayangkan pakai PPE penuh CPR selama sejam. Jadi tolong dengar cakap. Jaga diri, lupakan hasrat nak balik kampung,” katanya yang turut meletakkan tanda pagar team misi ‘collapse’.

Hantaran yang dimuat naik pukul 8.54 malam tadi itu kemudian dikongsi lebih 10,000 kali.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here