Jah, ‘popcorn’ semua ni masak sendiri ke?

0
428

CYBERJAYA – Usahawan Bell Popcorn Karamel, Firzah Puasa hari ini berkongsi jatuh bangun usahanya membina produk jenama sendiri yang bermula sejak Februari tahun lalu.

Firzah dalam laman sosial facebook miliknya berkata, Bell Popcorn Karamel miliknya mula dibuat secara kecil-kecilan dan hanya dimasak di ruang dapur rumah taman sahaja.

“Ada antara kenalan rapat saya tanya. Jah, ‘popcorn’ semua ni ko masak sendiri ke? Saya tarik nafas dalam dalam dan mula jawab dengan tenang.

“Saya mula buat Bell Popcorn pada 18 Februari 2019. Masa itu saya masak seorang diri kat rumah. Masak dalam rumah taman. Bayangkan masak ‘popcorn’ (bertih jagung) dalam rumah.

“Dari pagi sampai petang, memang berasap dan berbau lah satu rumah. Bau caramel, sedap. Raya tahun lepas jatuh bulan Jun, yang mana perniagaan saya baru berusia empat bulan.

“Gigih tak gigih masa itu, dengan bulan puasa mahu siapkan itu, nak siapkan ini. Syukur masa tu ada pekerja sambilan tolong,” katanya dalam status facebook miliknya hari ini.

Menurut Firzah, usaha gigihnya pada raya tahun lepas dan walaupun perniagaan baru berusia empat bulan beliau mampu berbangga kerana dapat menjana perniagaan lima angka.

“Jadi mengambil kira pemikiran jangka panjang, pada Julai tahun lalu iaitu sebelum mak saya berangkat ke Mekah kami buat keputusan untuk masuk kedai.

“Operasi semua dilakukan di kedai. Saya pun beranikan diri ambil pekerja untuk hal operasi. Alhamdulillah semua berjalan lancar,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, Firzah berkata, tahun ini masuk tahun kedua pihaknya beraya dengan Bell Popcorn.

“Alhamdulillah rezeki berpihak pada kami juga sehingga ke hari ini. Dari sorang tukang masak kami tambah lagi lebih daripada seorang.

“Agen makin hari makin bertambah, ‘review’ daripada pelanggan makin bertambah hingga dah sampai ke maklum balas dari selebriti, Alhamdulillah.

“Bila dikenang perjalanan dari tahun lepas, rasa seronok sangat. Banyak yang kami belajar. Banyak yang mengajar diri ini lebih matang.

“Pada kawan seperjuangan saya, anda hebat, kejayaan anda bagi tempias pada diri saya,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here