Jakel tetap jadi pilihan, aspek keselamatan diutamakan

0
1654

KUALA LUMPUR – Tahap keselamatan dan keselesaan pelanggan menjadi agenda utama syarikat tekstil terkemuka, Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel) di semua gedung beli belahnya di negara ini.

Ketua Pegawai Strategi Jakel, Mohd. Fuad Ahmad berkata, sejak dibuka pada Isnin lalu, pihaknya telah merangka pelbagai strategi dan mengikut segala arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, pelanggan yang ingin memasuki gedung Jakel perlu beratur terlebih dahulu untuk pemeriksaan suhu badan dan juga mengisi segala maklumat diri yang diperlukan seperti mana yang disarankan.

“Ketika beratur, kita akan pastikan jarak sosial pelanggan satu meter antara satu sama lain. Butiran yang diperlukan ialah seperti nama, nombor kad pengenalan dan juga nombor telefon pelanggan.

“Untuk gedung Jakel Mall di sini, kita benarkan seramai 250 masuk dalam satu-satu masa dan kita akan lihat perkara ini dari masa ke semasa kerana ruang kedai di sini luas serta mampu menerima pelanggan yang ramai pada satu satu masa.

“Kita tidak tetapkan sebarang limit pelanggan daripada satu keluarga, kita faham mereka ingin mencari baju dan perlu melihat saiz. Pekerja kami akan bantu termasuk menyediakan tali pengukur kerana ‘fitting room’ tidak dibuka.

“Suhu badan yang dibenarkan masuk pula tidak lebih 38 darjah celcius. Pekerja kami juga melakukan saringan sama untuk pastikan tahap kesihatan,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune di Jakel Mall semalam.

Turut hadir semalam ialah Pengarah Urusan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel yang sama-sama meninjau suasana dan keadaan di dalam Jakel Mall yang dipenuhi pelanggan dan dia juga kelihatan ceria.

Terdahulu tinjauan Malakat Tribune mendapati gedung Jakel tetap menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatkan pilihan baju raya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Mengulas lanjut, Mohd. Fuad berkata, sejak dibuka pada Isnin lalu selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelanggan semakin bertambah dari hari ke hari.

“Jakel Mall mula dibuka kepada pelanggan pada Isnin lalu dan jumlah yang datang bertambah hari ke hari. Mungkin ada yang tidak selesa keluar dalam keadaan sekarang dan mungkin tunggu saat akhir nanti,” katanya.

Dalam pada itu katanya, stok baju raya dengan aneka pilihan warna telah tersedia untuk para pelanggan dan orang ramai dijemput untuk datang ke gedung rangkain Jakel untuk memilih mengikut citrasa masing-masing.

Untuk pelanggan yang gemar membeli belah secara dalam talian katanya, Jakel turut menyediakan pembelian atas talian di www.jakelstore.my atau melalui Instagram @jakelcatalogue dan pelanggan boleh membeli atau membuat pertanyaan melalui aplikasi whatsApp.

“Saya jemput orang ramai untuk datang membeli belah di Jakel, di hari mulia nanti kita kenakan baju serba baharu. Walaupun tidak boleh balik kampung, kita perlu meraikan Syawal yang tiba. Ingat raya ingat Jakel, Jakel barulah Raya!” katanya.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here