Jangan ambil kesempatan nasihat, amaran polis

0
124

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Pihak polis mula mengenakan tindakan undang-undang dengan mengeluarkan kompaun kepada individu yang melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan keputusan yang telah dicapai melalui Mesyuarat Khas Menteri-Menteri yang memberi kuasa kepada pihak polis berbuat demikian.

“Semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 142 individu di atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang mana 124 individu telah direman, tiga dijamin polis dan 15 diberikan kompaun.

“Ini bermakna mulai semalam kompaun telah mula dikeluarkan oleh pihak polis,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Tegasnya, rakyat tidak sepatutnya mengambil kesempatan daripada tindakan awal polis yang hanya memberi menasihat dan amaran sebelum ini.

“Setakat ini mungkin belum ada lagi dihadapkan ke mahkamah tapi saya percaya mungkin selepas ini tindakan tersebut akan diambil terhadap mereka yang ingar.

“Saya amat berharap kepada semua rakyat patuh kepada setiap peraturan dan SOP yang dikeluarkan kerajaan,” katanya.

Dalam sidang akhbar tersebut, beliau turut memaklumkan sebanyak 74,809 pemeriksaan telah dilakukan bagi memantau dan menguatkuasakan SOP PKPB di seluruh negara.

Sebanyak 5,139 pasaraya, 5,029 restoran, 885 penjaja dan 1563 kilang serta 3946 bank telah diperiksa.

Pemeriksaan juga dibuat di 1,103 terminal pengangkutan darat, 221 terminal pengangkutan air, 111 terminal pengangkutan udara.

Pasukan khas operasi pematuhan juga telah memeriksa 26,558 kenderaan persendirian, 2,945 kenderaan awam.

Turut di periksa adalah 3,022 pasar awam, 4,138 tempat ibadah, 1,583 tempat riadah dan 600 tapak binaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here