Jangan bawa kanak-kanak, warga emas ke tempat awam

0
157
Datuk Dr. Noor Hisham

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak teragak-agak untuk menguatkuasakan semula Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berikutan terdapat ibu bapa yang masih berdegil membawa anak-anak kecil mereka keluar ke tempat awam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan tersebut sangat berbahaya memandangkan wabak Covid-19 masih terdapat di luar terutamanya di tempat sesak.

“Bawa anak-anak atau pun warga emas ke tempat awam sangat berisiko tinggi.

“Untuk setakat ini KKM menasihatkan orang ramai supaya tidak berkunjung ke tempat-tempat awam seperti pasar raya dan hospital melainkan jika ada temu janji,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Beliau berkata, sekiranya keadaan tersebut tidak dapat dibendung lagi, pihaknya akan mengambil tindakan di bawah Akta 342 yang mana mereka boleh disaman atau dibawa ke mahkamah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here