Kawalan kendiri lebih penting walaupun tiada SOP

0
118

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Setakat ini tiada lagi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Perggerakan Bersyarat (PKPB) yang melarang golongan ibu bapa membawa anak ke tempat awam dan aktiviti ziarah kubur.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun SOP tersebut boleh dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) pada bila-bila masa.

“Buat masa ini tiada larangan, hanya di peringkat nasihat. Saya percaya sebenarnya disiplin dan kawalan kendiri itu lebih penting kerana tidak perlu setiap masa kerajaan membuat peraturan dan undang-undang,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) virus Covid-19 akan terus kekal di persekitaran orang ramai sehingga tempoh lima tahun, dan tidak mungkin PKPB akan terus dilaksanakan.

“Kalau berlanjutan sehingga dua tahun pun, tidak mungkin PKP ini dilaksanakan dalam tempoh itu. Apabila PKP di tamatkan, SOP tidak boleh lagi dikenakan kepada rakyat.

“Maka kawalan kendirilah yang melindungi diri kita. Kitalah yang perlu sedar adakah tindakan kita itu berbahaya atau tidak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here