‘Jangan bimbang dengan peningkatan kes baharu Covid-19’

0
95
Orang ramai diminta untuk tidak timbang dengan peningkatan kes baharu Covid-19.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Orang ramai diminta untuk tidak bimbang dengan peningkatan kes baharu susulan pendekatan tertumpu yang agresif dan proaktif oleh kerajaan ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana ia menunjukkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan tersebut.

“Setakat ini pelaksanaan aktiviti pendekatan tertumpu (targeted approach) telah menunjukkan impak yang positif dalam mengesan lebih banyak kes Covid-19.

“Kes-kes yang dikesan ini sememangnya diasingkan dan diberi rawatan di hospital bagi memastikan virus ini tidak terus menular dalam kalangan masyarakat,” katanya pada sidang akhbar,di sini, petang tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Dr. Noor Hisham berkata, menerusi pendekatan tertumpu yang dilaksanakan itu, pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa kumpulan sasar.

Katanya, antara kumpulan sasar itu ialah peserta perhimpunan di Seri Petaling dan kontak rapat mereka; pelajar serta kakitangan madrasah dan tahfiz yang berkait rapat dengan perhimpunan di Seri Petaling; rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan ditempatkan di pusat-pusat kuarantin serta anggota kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kumpulan sasar lain ialah penduduk di lokaliti-lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD); Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) dan pasar-pasar yang berkait rapat dengan PBKL; pekerja asing di tapak pembinaan di zon merah dan rumah jagaan warga emas,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here