Jangan bimbang…Segalanya di Raudah Grocer

0
139
Syawal akan tiba tidak lama lagi.

Ya, memang betul dalam tidak sampai seminggu lagi rakyat Malaysia yang beragama Islam akan menyambut Aidilfitri.

Pastinya dalam tempoh ini, ibu bapa antara individu paling sibuk untuk menyediakan biskut mahupun baju raya untuk anak-anak.

Tetapi pada tahun ini, amalan hari raya bakal berubah lantaran wabak Covid-19 yang melanda tanah air sehingga kini.

Pastinya, tiada lagi amalan ziarah- menziarahi rumah ibu bapa, saudara mara mahupun sahabat handai seperti mana diminta oleh pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mahu mengekang penyebaran virus ini.

Tak mengapalah, mungkin untuk tahun ini kita bersabar sedikit kerana tidak dapat beraya dengan keluarga kerana tidak mahu menjadi penyebab kepada penyebaran wabak Covid-19.

Buat isteri, Syawal kali ini mungkin mencabar buat diri mereka kerana perlu mencari resepi masakan untuk memasak juadah bagi dihidangkan di pagi raya lebih-lebih lagi mereka baru berumahtangga.

Jika sebelum ini, ada ‘bantuan’ daripada mak, kakak mahupun abang ketika memasak juadah raya, tapi tahun ini terpaksa lakukan bersendirian yang mungkin dibantu oleh suami mahupun anak.

Segalanya ada di Raudah Grocer

Bahkan pasti si isteri pening kepala mendapatkan bahan segar untuk memasak juadah raya lebih-lebih lagi di kawasan Cyberjaya ini.

Tetapi jangan bimbang kerana anda boleh dapatkan bahan segar termasuk daging lembu mahupun ayam di Raudhah Grocer, Malakat Mall.

Bagi Pengurus Besar Raudhah Grocer, Syahidan Hamidon berkata, bermula minggu lalu, pihaknya setiap hari menyediakan daging lembu dari sebuah syarikat penternakan dan dihantar ke pusat veterinar di Shah Alam untuk proses disembelih.

Memetik laporan MBNews, katanya, selepas disembelih dan dipotong kepada empat bahagian, ia akan diambil oleh timnya dan dibawa ke Raudhah Grocer untuk dijual kepada pelanggan.

“Selalunya kita akan jual daging dan bahagian lain seperti hati, limpa, gear box dan lain pada sebelah pagi.

“Kadang-kala kami boleh jual habis satu bahagian yang dianggarkan berat di antara 180 hingga 200 kilogram (kg) pada sebelah pagi dan tambah lagi pada sebelah petang untuk pelanggan,” katanya.

Apa-apa pun, para ibu dan bapa jangan bimbang kerana harga ditawarkan oleh pihak Raudhah Grocer juga berpatutan dan terkawal.

Cuma satu nasihat penulis untuk para ibu dan bapa dapatkan awal bahan segar kerana takut-takut nanti habis disambar orang nanti! – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here