‘Jangan salah guna kebebasan sehingga membahayakan nyawa keluarga’

0
105

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Kerajaan boleh memasukkan peraturan di bawah Akta 342 untuk menjadikan tindakan ibu bapa membawa anak-anak ke tempat khalayak ramai seperti pasar raya dan lain-lain sebagai perkara yang terlarang pada ketika ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perlaksanaan itu mungkin akan dilakukan sekiranya terdapat golongan ibu bapa yang tidak menghiraukan keselamatan anak masing-masing.

“Di bawah Akta 342 kita tidak menetapkan peraturan untuk menghalang ibu bapa membawa anak masing-masing ke pusat beli belah dan sebagainya.

“Kita akan berbincang mengenai perkara ini jika masih lagi terdapat ibu bapa tidak menghiraukan keselamatan anak, Insya-Allah kerajaan boleh membuat undang-undang melarang perkara ini terus berlaku,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Justeru, beliau menyarankan agar ibu bapa lebih mengambil tanggungjawab untuk mendisiplinkan diri supaya tidak membawa anak-anak ke tempat orang ramai buat masa ini.

“Kselamatan anak kita adalah tanggungjawab kita. Tanya diri sendiri adakah anak kita akan selamat jika berada di dalam kumpulan manusia yang ramai di dalam kawasan tertutup seperti di dalam pasar raya dan sebagainya.

“Saya harap keselamatan anak perlulah kita jaga. Jangan gunakan kebebasan ini dengan membahayakan nyawa keluarga kita sendiri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here