Jangan sembang saja..

0
140

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

Sejak Pandemik Covid-19 melanda negara, perubahan demi perubahan berlaku kepada kehidupan kita semua.

Bermula dengan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beransur ke Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) nyata memberi pengalaman baharu bukan hanya kepada rakyat di negara kita, malah seluruh dunia.

Rata-rata mula menarik nafas lega setelah pengumuman PKPB dilakukan kerana ia mungkin memberi makna keadaan mula pulih secara perlahan-lahan.

Walaupun sudah empat hari PKPB dilaksanakan, namun masih ada yang berterusan meluahkan kebimbangan dan berpendapat terlalu awal kelonggaran diberikan.

Apa pun, keputusan telah dibuat dan penulis yakin bahawa kerajaan hari ini telah melakukan sehabis baik untuk menangani isu Covid-19 ini.

Jadi, tak perlukan sembang gebang dalam mana-mana media sosial mempertikaikan pelbagai tindakan kerana ia hanya akan tinggal sembang sahaja.

Apa kata, kita beri fokus kepada peranan kita sendiri sebagai individu dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi keselamatan kita semua.

Jangan hanya biarkan kerajaan sahaja buat kerja, tapi kita juga sebagai rakyat perlu berperanan dalam memerangi wabak jahat ini.

Tahun ini tak dapat beraya, Insya-ALLAH tahun depan kita boleh beraya sakan! Amin…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here