Jenazah Allahyarham Koperal Safwan selamat disemadikan

0
266
Jenazah Allahyarham ketika berada di Hospital Serdang

IPOH – Jenazah anggota polis yang maut dirempuh pacuan empat roda ketika melakukan sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Selangor selamat dikebumikan di Tanjung Rambutan awal pagi, hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, jenazah Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata pukul 6 pagi sejurus selesai azan Subuh.

Terdahulu, jenazah tiba pukul 5.20 pagi dengan van jenazah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan diringi 25 kenderaan dari Hospital Serdang.

Suasana di tanah perkuburan diselubungi pilu dengan alunan bacaan Yassin oleh ahli keluarga yang tiba pada pukul 4 pagi.

Allahyarham maut dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki yang disyaki mabuk

Lebih 300 penduduk kampung, anggota polis dan rakan-rakan yang hadir mengiringi jenazah.

Hadir memberi penghormatan terakhir Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain, Komander 69 Komando PGK, Senior Asisten Komisioner, Abd. Razak Yusof dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmad.

Ibunya, Norriza Mat Sani,53 yang bertolak mengiringi arwah dari Serdang kelihatan sayu ketika menyertai majlis tahlil untuk arwah

Dalam kejadian pukul 2 pagi semalam, Safwan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu seorang lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here