Jenazah Ustaz Ismail Kamus selamat dikebumikan

0
1580

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus telah selamat dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat di sini, jam 11 pagi ini.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.32 tengah malam tadi dikediamannya di Ampang susulan penyakit komplikasi jantung.

Dalam satu kenyataan yang dikongsikan oleh Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Manaf Jusoh di Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam sebentar tadi mengajak ahli-ahli Darussalam yang jauh melebihi dua marhalah  untuk menunaikan Solat Ghaib untuk pendakwah terkenal itu.

” Doakan tuan guru (Ustaz Ismail Kamus) sejahtera dan doakan agar Allah lindungi sepanjang pengurusan jenazah almarhum.

“Terima kasih yang datang ziarah dan mencurahkan khidmat kepada Ustaz Ismail Kamus,” katanya.

Sementara itu, di media sosial berita kematian pendakwah terkenal itu turut didoakan dan ditangisi oleh orang ramai.

Terdahulu, jenazah dimandi dan disolatkan di Masjid As-Sobirin disertai kira-kira 500 orang memberi penghormatan terakhir pada pukul 9 pagi.

Kematiannya dimuliakan Allah SWT apabila ramai yang hadir sanggup beratur panjang dengan mengamalkan penjarakan sosial untuk melihat proses pengebumian insan yang disayangi selain sebagai menjadi saksi kebaikan insan itu ketika hayatnya di dunia.

Pada masa sama dalam perkongsian di media sosial juga turut melihat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga sempat menziarah jenazah Ustaz Ismail Kamus di rumahnya.

Katanya, hujan rahmat pagi Jumaat membasahi bumi Ampang dengan berita itu.

Veteran Pas itu pernah bertugas sebagai guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai Dakwah selain bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Islam.

Jawatan terakhir Allahyarham ialah Pakar Rujuk di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam, sebelum bersara secara pilihan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here