Jepun dijangka akhiri perintah darurat

0
84

TOKYO – Jepun bakal menarik semula perintah darurat bagi 39 daripada 47 wilayahnya dan Tokyo antara dikecualikan daripada perintah itu sehingga penularan wabak koronavirus dapat dibendung.

Memetik agensi berita Agensi seperti dipetik portal Malaysia Gazzate, Jepun turut mendesak warga negaranya untuk mengurangkan kontak sebanyak 80 peratus dalam usaha memperlahankan kadar jangkitan baharu dan meredakan tekanan pada perkhidmatan perubatan.

Situasi itu akan dinilai oleh kerajaan Jepun pada pertengahan bulan ini.

Berdasarkan deklarasi tersebut memberi kuasa tambahan kepada gabenor-gabenor untuk mengarahkan penduduk berada di dalam rumah, sekolah dan perniagaan ditutup tetapi tidak ada hukuman untuk mereka yang tidak patuh.

Beberapa perniagaan yang tidak penting di kawasan yang dilanda wabak Covid-19 dibuka secara berperingkat-peringkat.

Jepun mengisytiharkan darurat di seluruh negara sebulan yang lalu.

Negara itu turut melaporkan 16,100 kes Covid-19 yang disahkan, tidak termasuk dari kapal persiaran yang sebelum ini dikuarantin di Yokohama dan merekodkan 696 kematian setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here