Jojo Shoes: 15 rekaan ke peringkat akhir

0
292
Muhammad Hafiz menunjukkan antara rekaan yang berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan Shoe Your Creativity anjuran JojoShoe, salah sebuah jenama di dalam Malakat Mall

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

RAUDHAH CITY – Sebanyak 15 rekaan berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan Shoe Your Creativity anjuran JojoShoe, salah sebuah jenama di dalam Malakat Mall di sini.

Pengurus Jenama JojoShoes, Muhammad Hafiz Muhtar Rasali berkata, kesemua rekaan itu dipilih oleh pihak juri selepas menerima 29 rekaan daripada peserta sejak pertandingan dibuka kepada orang ramai.

Katanya, hanya 15 rekaan bertemakan Kita Jaga Kita sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan itu.

“Kesemua rekaan yang berjaya ke peringkat akhir telah dipamerkan dan dimuatnaik dalam laman sosial JojoShoe sama ada menerusi Facebook mahupun Instrgram untuk diundi oleh orang awam.

“Orang ramai boleh mengundi mana-mana rekaan berjaya ke peringkat akhir dengan menekan tanda suka (like) dan berkongsi (share) ke laman sosial masing-masing untuk memilih pemenang,” katanya kepada MBNews.

Muhammad Hafiz berkata, pemenang ditentukan menerusi undian daripada juri sebanyak 60 peratus manakala orang awam pula 40 peratus.

Orang awam boleh menekan tanda suka (like), tag pada rakan dan berkongsi ke laman media sosial sendiri untuk mengundi rekaan kasut yang disukai sebelum dipilih sebagai pemenang.

Tambahnya, tarikh tutup mengundi bagi orang awam pada hari ini pukul 11.59 malam dan sebarang undian selepas tarikh dan masa ditetapkan akan ditolak.

Katanya, pihak pengurusan akan mengira undian daripada orang awam dan juri sebelum mengumumkan pemenang.

“Senarai pemenang bakal diumumkan minggu hadapan yang akan membawa pulang hadiah tunai RM500 dan dua pasang kasut baharu jenama Jojo Shoes secara terus.

“Apa yang lebih menarik, hasil kerja peserta yang dipilih sebagai pemenang akan dihasilkan oleh pihak profesional sebelum dipamerkan di dalam Wall of Fame di Butik JojoShoes,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here