Jumlah kes baharu terendah

0
111

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Jangkitan kes Covid-19 hari ini hanya mencatatkan angka 10 kes menjadi ia jumlah jangkitan terendah sejak wabak itu dikesan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 7,629 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid 19 sebanyak 1,345 kes.

Dr. Noor Hisham memaklumkan, jumlah kes pulih meningkat sebanyak 86 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 6,169 atau 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Setakat dilaporkan hari ini, lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, empat kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Selain itu menurut beliau, maklumat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) memaklumkan tiada kes kematian berkaitan wabak itu hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes atau 1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here