Jumlah kes Covid-19 dunia lebih 5 juta

0
94

CYBERJAYA – Kes Covid-19 di seluruh dunia kini mencatat jumlah jangkitan melepasi angka lima juta.

Memetik Agensi seperti dipetik Malaysia Gazzate, berdasarkan jumlah itu, Amerika latin telah mengatasi Amerika Syarikat dan Eropah untuk mencatatkan kes terbesar harian di dunia, dalam tempoh seminggu dengan mencatatkan satu pertiga daripada 91,000 kes yang dilaporkan di dunia minggu ini.

Bagi kedudukan ke dua dan ketiga, Eropah dan Amerika Syarikat masing-masing merekodkan hanya lebih 20 peratus sahaja.

Dengan lebih lima juta kes, Covid-19 telah menjangkiti lebih ramai manusia dalam tempoh kurang enam bulan berbanding jumlah keseluruhan kes selsema teruk dalam masa setahun.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan kes selsema teruk global adalah sekitar tiga juta hingga lima juta setahun.

Dari segi jumlah kematian pula, pandemik ini telah mengorbankan 326,000 nyawa.

Bagaimanapun angka sebenar dianggarkan lebih tinggi kerana ujian saringan yang terhad dan banyak negara yang tidak memasukkan kes kematian di luar hospital ke dalam statistik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here